User-agent: Mediapartners-Google* OnLoad="FreeViral(202216)" TEXT="Black">

Promotional Picks And Bargains

Wednesday, May 9, 2007

Komplikasi Penyakit Tonsil

KANAK-KANAK yang sering menghidap demam, batuk dan sakit tekak
berulang kali. Apabila berjumpa doktor mungkin akan didapati tonsil
kanak-kanak itu membengkak dan memberitahu bahawa anak mereka
menghidap radangan tonsil atau tonsillitis.

Biasanya jika penyakit itu kerap berulang, doktor akan menasihatkan
supaya pembedahan untuk membuang tonsil dilakukan.

Adakah semua kes tonsillitis perlu pembedahan?

Sebelum menjawab soalan ini perlulah kita fahami apa itu penyakit
tonsillitis itu.

Tonsil ialah organ yang berada di sebelah kiri dan kanan yang
berfungsi sebagai alat pertahanan diri dari jangkitan kuman atau
virus.

Monday, May 7, 2007

Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia mengepam darah keseluruh badan. Tekanan darah dapat diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil sphygmanometer.

Terdapat dua bacaan dalam pengukuran tekanan darah iaitu BP 140/90 mmHg. Nilai tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) pula ialah tekanan darah diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri (salur darah) bila jantung mengepam darah. Manakala tekanan darah diastolik pula ialah tekanan darah dalam arteri bila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan.

Asma Dan Rawatannya

Apa itu Asma?

Asma atau biasanya disebut sebagai semput atau lelah, merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang dan penguncupan saluran pernafasan. Orang yang mengalami penyakit asma akan menunjukkan beberapa tanda atau gejala tertentu.

Di antara tanda-tanda yang boleh diperhatikan termasuklah pernafasan yang berbunyi seolah-olah orang bersiul, terutama sekali apabila pesakit itu menghembuskan nafasnya. Ini dinamakan "wiz" yang kedengaran secara berulang-ulang. Namun ada juga yang tidak mengalami wiz, tetapi akan mengalami batuk terutamanya di waktu malam atau selepas melakukan latihan fizikal.

Wednesday, May 2, 2007

PERINGATAN UBAT KANAK-KANAK

PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE

(Mesej asal oleh Dato' Dr Jemilah Mahmood, Hospital Gleanagles)

Kepada Semua,

Luangkan masa untuk menghantar mesej ini atau mengedar risalah ini kepada orang yang disayangi, > keluarga dan rakan-rakan. Cetakkannya dan letakkan di pejabat agar boleh dibaca oleh semua.

PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK ANDA DAN ORANG LAIN YANG ANDA KASIHI!

Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE sedang ditarik balik. Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di semua kotak ubat dan
> bertanyakan tentang bayaran balik. Sila baca dengan TELITI, kerana sesetengah daripada anda menggunakan ubat-ubat ini (salah satunya ialah Alka Seltzer Plus).

BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE. Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18-49 dalam masa tiga hari selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasuk kanak-kanak) mencari alternatif lain.

UBAT-UBATAN BERIKUT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE:

Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant Plus Dietary Supplements
> Acutrim Maximum Strength Appetite Control
> Alka-Seltzer Plus
> Children's Cold Medicine Effervescent
> Alka-Seltzer Plus Cold medicine (perasa ceri atau oren)
> Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Original
> Alka-Seltzer Plus Cold & Cough Medicine Effervescent
> Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine Effervescent
> Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent
> Alka Seltzer Plus Night-Time Cold Medicine Effervescent
> BC Allergy Sinus Cold Powder
> BC Sinus Cold Powder
> Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief
> Comtrex Flu Therapy & Fever Relief
> Day & Night Contac 12-Hour Cold Capsules
> Contac 12 Hour Caplets
> Coricidin D Cold, Flu & Sinus
> Dexatrim Caffeine Free
> Dexatrim Extended Duration
> Dexatrim Gelcaps
> Dexatrim Vitamin C/Caffeine Free
> Dimetapp Cold & Allergy Chewable Tablets
> Dimetapp Cold & Cough Liqui-Gels
> Dimetapp DM Cold & Cough Elixir
> Dimetapp Elixir
> Dimetapp 4 Hour Liquid Gels
> Dimetapp 4 Hour Tablets
> Dimetapp 12 Hour Extentabs Tablets
> Naldecon DX Pediatric Drops
> Tavist-D 12 Hour Relief of Sinus & Nasal Congestion
> Triaminic DM Cough Relief
> Triaminic Expectorant Chest & Head Congestion
> Triaminic Syrup Cold & Allergy
> Triaminic Triaminicol Cold & Cough

Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan secara sukarela menarik semula ubatan berikut kerana mengandungi campuran yang menyebabkan stroke dan serangan mengejut kepada kanak-kanak :

> Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu)
> 3D Cold & Cough Berry
> 3D Cough Relief
> Yellow 3D Expectorant

Hubungi mereka di nombor 1-800-548-3708 dengan menyatakan nombor lot pada kotak untuk membolehkan mereka menguruskan pemulangan ubat tersebut dan mereka akan memberikan bayaran balik kepada anda. Jika anda mengenali sesiapa yang mempunyai anak kecil, SILA BERIKAN RISALAH INI.

INI ADALAH SESUATU YANG SERIUS. EDARKANNYA KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI AGAR MEREKA BOLEH MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA UNTUK MENGELAK TRAGEDI KEPADA KELUARGA MEREKA.

Psoriasis

Kulit yang merah, gatal, kering dan mengelupas berbentuk serpihan berwarna perak tentunya menyeksakan sesiapa sahaja. Walaupun ia tidak berjangkit, namun disebabkan penampilan yang cukup mengerikan, penderitanya sering dijauhi. Ini membuatkan sesiapa yang menghidapnya pasti akan berasa malu untuk muncul di khalayak ramai.

Psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang dikenali melalui sisik dan inflamasi yang terjadi di tubuh badan seseorang. Secara normalnya sel kulit tumbuh dan berganti dalam masa 28 hari. Namun akibat gangguan sistem kekebalan, proses itu telah menjadi cepat sehinggakan penggantian terjadi hanya dalam dua hingga empat hari. Kesannya mengakibatkan terbentuknya tompok-tompok kulit yang merah, menebal dan bersisik.