Psoriasis
Kulit yang merah, gatal, kering dan mengelupas berbentuk serpihan berwarna perak tentunya menyeksakan sesiapa sahaja. Walaupun ia tidak berjangkit, namun disebabkan penampilan yang cukup mengerikan, penderitanya sering dijauhi. Ini membuatkan sesiapa yang menghidapnya pasti akan berasa malu untuk muncul di khalayak ramai.
Psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang dikenali melalui sisik dan inflamasi yang terjadi di tubuh badan seseorang. Secara normalnya sel kulit tumbuh dan berganti dalam masa 28 hari. Namun akibat gangguan sistem kekebalan, proses itu telah menjadi cepat sehinggakan penggantian terjadi hanya dalam dua hingga empat hari. Kesannya mengakibatkan terbentuknya tompok-tompok kulit yang merah, menebal dan bersisik.
No comments:
Post a Comment